Wednesday, March 13, 2013

Indahnya seorang wanita..Thought this was lovely :)



-----------

Seorang ibu membawa bayi di dalam rahimnya selama sembilan (9) bulan. Si ibu berasa sakit dan... loya untuk beberapa bulan. Kemudian dia melihat kakinya membengkak dan mengalami regangan kulit.

Si Ibu berjuang untuk mendaki tangga, dia tercungap-cungap dengan cepat walaupun satu tugas yang mudah seperti meletakkan kasut di rak.

Beliau mengalami gangguan semasa tidur ketika bayi menendang dan bergerak di dalam rahimnya seawal jam 3 pagi, kemudian menghadapi saat jerih menahan kesakitan ketika dia ingin membawa anaknya ke dunia ini.

IBU..Dia menjadi jururawat, tukang masak, pembantu rumah, pemandu , guru, dan rakan yang terbaik. Beliau yang berjuang untuk anaknya, menangis demi anaknya, meletakkan dirinya untuk anak, berharap yang terbaik untuk anak dan kadangkala menjadi tidak tentu arah apabila kerisauan terhadap si anak. Tetapi, dia tidak pernah meminta sebarang balasan dari si anak kerana si ibu terlalu sayangkan si anak.

Jika anda adalah seorang ibu atau mempunyai Ibu penyayang yang melakukan semua ini untuk anda, anda sangat bertuah, tidak pernah susut sebuah nilai kasih sayang yang sangat bernilai!

Mother's Love ♥

No comments: