Tuesday, December 8, 2009

Natasha Farhana dan Nurin Jazlina


Ini anak-anak perempuan aku....

Berkhatan ( sunat )



Majlis berkhatan beramai-ramai telah diadakan pada 5hb dan 6hb Disember 2009 di surau At-Taufiqiyyah Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam. Anak aku Muhammad Yusuf berumur 7 tahun ikut serta....berdebar juga aku masa hari nak sunat tu....Doktor yang menyunat anak-anak kariah Shah Alam 2 ialah Doktor J. Sham.




Pada malam 5hb Disember hari Sabtu..bermulalah episod perarakan kanak-kanak yang hendak dikhatankan... Majlis bermula selepas maghrib. Ia disempurnakan oleh ahli Parlimen Kuala Selangor oleh YB Dr. Zulkefli bin Mohammed.



Majlis tersebut sungguh meriah sekali.....aku pun turut gembira..ialah di sempurnakan oleh YB Dr Zulkefi. Malam tu menu makanan untuk para jemputan di hidangankan dengan daging lembu masak gulai kawah, nasi minyak, daging masak kicap dan sup gear box....pehhh memang power masakan chef Muzamil dan chef Sheikh Kholil.



Esoknya pagi-pagi aku bangun dan solat subuh...berdoa pada allah semoga majlis berkhatan ini berjalan dengan lancar dah kejutkan anak aku si Yusuf ni.... Jam dinding lebih kurang jam 7.15 pagi aku mula bergerak ke Surau At-taufiqiyyah dangan motor antik aku ler... sampai jer kat di sana ...alamak mana dia orang bebudak yang nak sunat ni tak nampak lagi....emmm..ini lah janji orang melayu...



Bermula acara bersiram menggunakan pili Bomba.....emm apa lagi bebudak ni syok gila mandi dengan siraman air paip bomba yang berwana coklat..hehehehehehehe



Selesai jer mandi beramai-ramai......anak-anak ni pun masuk la ker dalam surau untuk mendengar ucapan ringkas peerihal berkhatan yang di sampaikan oleh Dr J. Sham...



Anak-anak yang mendengar taklimat dari Dr. J. Sham....emmmm macam takut jer... maklumlah anunya nak kena potong....potong...potong..potong..potong sajallaaaaa...teringat aku pada iklan P1 wimax....



Masa ni tengah cabut undi ..menentukan giliran yang dulu pergi bersunat..anak aku si Yusuf dapat no 10...............





Selesai sahaja DR buat penjelasan. Satu demi satu anak-anak di sunatkan.....tibalah lah giliran anak aku no 10......letih juga menunggu......masuk jer kat dalam bilik tu,,,aku apa lagi ler angkat anak aku ni di atas katil tu.. mula-mula muka anak aku si Yusuf nampak cool jer...mama Yusuf pu ada sebelah...ialah bagi moral support..

Masa Dr J.Sham nak suntik denga jarum yang mmengandungi ubat buis...emmm apa lagi anak aku merauang.......sakittttt..sakit...........jangan cucuk......masa tu juga la kawan-kawan aku ni berkata-kata...aiii anak banjar pun menaangisss......alamak..malu juga aku...anak banjar ni mana boleh nangis.....



Risau juga aku...yalah anak aku meraung..........emm masa ubat bius tu dah berkesan...bermula Dr..letakkan smart klamp tu kat anu ( palir )....masa proses ptong kult yang tidak diperlukan..anak aku ni mmg hebat dia selamba jer tengok apa yang Dr J.Sham buat...ahhh lega hati....proses berkhatan sudah pun selesai....



Terima Kasih buat Dr J.Sham dan kekawan yang memberi moral support tu........