Monday, September 27, 2010

Coretan di pagi 1 Syawal 1431H

emm, rasa gembira mendengar laungan takbir di pagi hari raya. Malam tadi bantu adik beradik dan emak buat apa yg patut daa. Emak masak daging lembu masak kerisik, masakan kegemaran anak-anaknya dan juga membuat tapai pulut,,,, Isteri fasilawati pun sibuk di dapur, termasuk Kak Sal, Salmiah, Isteri Ibab.
Di pagi hari raya 1 syawal hujan turun dgn lebatnya macam biasa la bermaaf-maafan denga emak, isteriku Fasilawati anak-anak Yusuf, Natasha dan juga Jazlina serta adik-beradik...pergi solat hari raya dgn anak lelaki aku Muhammad Yusuf.......dan selepas solat ziarah pusara arwah abah ( Talib Hj Mohd Ramli dan nenek Hajjah Baidah Bt Jalak ) al-fatihah...

Perjalanan Pulang ke Kampung untuk menyambut Hari Raya Adil Fitri 1431H

Salam semua, hari Khamis petang lebih kurang jam 6.00 petang aku dan keluarga bertolak dari puncak alam ke Parit Amil Yong Peng Johor. Ikutkan planning hari Khamis tu aku kerja separuh hari, memandangkan ada kematian di lorong rumah aku. maka aku terpaksa ambil EL untuk menyempurnak fardu kifayah.....Ialah masa-masa begini mana penduduk semuanya sudah balik kampung, atas rasa tanggungjawab kita sebagai umat islam sempurnakan dahulu jenazah tersebut, Pengebumian tersebut berakhir jam 12.00 tengahari.. Kemas canopy di depan rumah si mati dan kembalikan ke Surau At-taufiqiyyah.. selepas tu ambil Tasha dan Jazlina di taska.. bersiap apa yg patut.di rumah... perjalanan dari P.Alam melalui highway Elite lancar hingga ke persimpangan bertingkat Nilai....dari nilai ke RSA Seremban kenderaan bergerak perlahan. Berhenti di Rsa Serenban ( 7.00 pm untuk berbuka di akhir ramadan...selepas tu solat dan mulakan perjalanan lebih kurang jam 7.45 pm dan sampai ke destinasi lebih kurang jam 10.30 pm.......

Friday, September 3, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin




Saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin semua kawan-kawan.
video

Thursday, September 2, 2010

Kentut (sebuah puisi)

Dia tak berwujud, tak bernyawa
Tapi baunya terasa
Dia tak berbahaya tapi dijauhi
Dia ramah tetapi tak didekati

Kalau bunyinya keras artinya jujur
Tak bersuara ertinya pemalu...
Keluar sekaligus ertinya berjiwa besar
Setengah-setengah ertinya berhemat...

Oh KENTUT...
Orang Inggris kentut, dia bilang: "excuse me"
Orang Amerika kentut, dia bilang: "pardon me"
Orang Malaysia kentut dia bilang: "not me, not me”!!!

Kentut itu seru..!!!
Asyik dikumpul, ditahan
Lalu diledakkan sekeras-kerasnya di tengah-tengah kelas
Agar teman-teman ketawa atau malah jadi gila...

Kentut, seperti persahabatan ...hangatnya terasa
Begitu tercium, semua orang tahu ada "dia"
yang selalu menemani hidup kita...
Kentut, tidak kentut bererti tidak sehat

kerap kentut bererti dahsyat..
Kentut... hati-hatilah melepaskannya
Bertubi-tubi tandanya habis makan ubi
Berair tandanya me... [tidak lengkap]

ps: Saya dapat dari adik saya; saya bertanya mengapa tidak lengkap?
Jawabnya: Yang saya dapat juga kentutnya tdk lengkap, krn kalau lengkap nanti baunya tidak hilang ha ha