Monday, November 23, 2009

Zaman Kanak-Kanak


ini photo zaman kanak masa aku berumur 12 tahun.

Dari kiri, Wahid ( adik aku ), Ishak ( adik aku ), sepupu aku, aku la ni, Zulkefli ( anak saudara aku )dan ismail @ aloy

Wednesday, November 18, 2009

Muhammad Yusuf



emm , ini photo putera sulong aku ni...usianya baru 7 tahun ( darjah satu ler ).
Pening kepala aku dibuatnya...macam2 hal dengan nakalnya..bebudak nak buat camner...apa-apa pun aku sayang kat dia ni....yusuf tayob

Masa Aku Jadi Artis



Wednesday, November 11, 2009

Nasi Lemak Hujan Panas

Bahan-bahan ( 4 orang )
• * 2 mug beras (dicuci bersih)
• * 1/2 mug santan pekat
• * 2 mug air
• * 1 biji bawang putih (di mayang halus)
• * 1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus)
• * 1/2 sudu kecil halba
• * 1 sudu kecil garam
• * Sehelai daun pandan
• * Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
6. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda.. Selamat mencuba.
7. *gambar kecik kat atas tu Sardin Serai... Tumis bawang putih & bawang merah dan sedikit halia. Masukkan sardin dan sebatang serai yg diketuk. Masukkan sedikit air dan cili api. Campurkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan perasa. dah siap!

Tuesday, November 10, 2009

Terapi Kambing


Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit


Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Monday, November 9, 2009

Video Motocross Colmx Puncak

Ini video yang sempat dirakam masa perlumbaan motocross Litar Colmx Puncak Alam

video




Litar Motoscross Colmx Di Puncak Alam
















Ahad 8/11/2009, perasmian Litar Motoscross Colmx telah di adakan di kawasan lapang Puncak Alam. Kehadiran penonton yang ramai lebih kurang 500 orang membanjiri di setiap kawansan litar tersebut. Perasmian bermula jam 3.00 petang oleh Dato' Shaari Ismail ( adik kpd tan Sri Rozali Ismail ) dan acara bermula jam 3.30 petang dengan penampilan Mr Robo yang menunggang motocross kawasaki yang amat hebat sekali.








Thursday, November 5, 2009

SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI !!!! SUATU PERJALANAN

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.” Teringat pesan ayah di suatu petang... “Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak. Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud: “Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami.” Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG “Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata. “Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata. “Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU “Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.” Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.” Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan.. “The only real mistake is the one from which we learn nothing...”


Posts: 285
Joined: Tue Oct 07, 2008 12:41 am

Monday, November 2, 2009

Sukan Tadika anjung Pelangi

Sukan Tadika Anjung Pelangi telah diadakan pada 1/11/2009.

video