Friday, July 6, 2012

Kayuhan Penuh Bersejarah Pengikat Budaya Serumpun

Koleksi Barang-barang Antik

Sebahagian daripada koleksi barang-barang antik yang aku simpan.


Robin Hood tahun 1963

Honda CB125K5 tahun 1973

Dacing Pikul dan Lampu Gasoline


Beg Plastik Susu Chap Junjong Tahun 1950

Radio Kaset tahun 1980

Mesin Jahit Standard tahun 1960

Motor Honda s90 tahun 1973


Mesin Jahit Singer 1940

Wednesday, July 4, 2012

NOBAT 12 - 500 sertai Kayuhan Nobat 2012 (Utusan Malaysia)

MELAKA 1 Julai – Kira-kira 500 pemilik basikal tua dari seluruh negara menyertai kayuhan Nostalgia Basikal Tua (Nobat) 2012 sejauh 10 kilometer melalui beberapa kawasan pelancongan negeri di sini hari ini. Program anjuran Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) Melaka itu bermula dari Menara Taming Sari dan antara tempat dilalui ialah Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bangunan Stadthuys, Kampung Morten, Taman Rempah, Little India dan Jalan Quayside.
Acara pelepasan para peserta disempurnakan oleh Penaung KBTBB, Roslan Mat Nong.
Turut sama ialah Komunitas Sepeda Tua Indonesia (Kosti) yang diketuai oleh Zainal Abidin Mohd. Arshad serta Penasihat KBTBB, Zulkifli Osman dan Ghafar Othman.
Menurut Roslan, sebanyak 19 persatuan basikal tua dari seluruh dunia termasuk 27 peserta dari Indonesia yang diketuai Zainal Abidin yang juga Ketua Umum Komunitas Ontel Batayia (Koba) menyertai program Nobat kali pertama itu.
“Program ini dirancang khusus untuk menghimpunkan pencinta dan pejuang basikal tua dari seluruh dunia bertujuan mengeratkan persahabatan tanpa mengira kaum.
“Ia juga menjadi medan menyatukan komuniti basikal tua dan melestarikan nostalgia warisan silam yang menjadi antara pengisian program Sambutan Melaka 750 Tahun,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambahnya, para peserta juga bebas untuk mengenakan pakaian masing-masing mengikut kreativiti mereka bagi menghidupkan kembali kenangan silam basikal tua.
“Syabas dan tahniah kepada Pengurusi KBTBB, Alias Omar dan Ketua Projek Nobat 2012, Ikhwan Ibrahim serta semua ahli jawatankuasa kerana berjaya menganjurkan program ini dengan baik walaupun kali pertama diadakan,” katanya.


Sarip Dol: Jaga2 Cik Salmah

Bomba zaman tahun 1950an

Bersama wakil dari Indonesia ( KOSTI )

Aku dan Robin Hood

Bersama sahabat dari Kota Tinggi

Bersama Along Sunbeam


Semasa di Menara Taming Sari Melaka


Semasa kayuhan pusing Bandar Bersejarah Melaka
Suasana kayuhan yang amat meriah

Semasa loading basikal di jalan Khamis, Meru
Dah jadi ahli Kelab Basikal Klasik jalan Khamis Meru
Menarik sungguh
yahooo...