Thursday, February 21, 2013

Op Selamat II Sempena Tahun Baru Cina - Anugerah Pemanduan Berhemah

ISMAIL OMAR - 4.5 PERATUS KADAR KEMALANGAN MENURUN




KUALA LUMPUR (20 Feb 2013) - Polis Kontinjen Kelantan telah diberi penghargaan apabila dipilih antara Kontinjen terbaik dalam menurunkan kadar kemalangan serta jenayah di musim perayaan, sempena OP Selamat II tahun baru china 2013.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar anugerah diberikan kepada kontijen yang mencapai sasaran dan pencapaian terbaik sepanjang OP Selamat.

Katanya, operasi kali ini telah menunjukkan penurunan daripada aspek pecah rumah dan jumlah kemalangan. Bagi laporan pecah rumah penurunan sebanyak 124 kes (11 peratus) iaitu sebanyak 986 kes telah dilaporkan sepannjang operasi dua minggu itu berbanding 1,110 kes pada tahun lalu.

"Untuk laporan kemalangan pula, jumlah kemalangan telah menurun sebanyak 4.5 peratus iaitu daripada 17,054 kes kepada 16,287 kes. Manakala jumlah kemalangan maut dan jumlah kematian telah menunjukkan trend peningkatan," katanya ketika berucap di majlis ini.

Turut di raikan adalah Majlis Penganugerahan Surat Penghargaan kepada Pengguna Jalanraya Berhemah dan Kontinjen/Daerah terbaik Op Selamat II sempena Tahun Baru Cina 2013, beliau turut mengakui memerlukan kerjasama daripada pemandu terutamanya yang melibatkan motorsikal yang didapati menjadi penyumbang terbanyak kepada statistik kematian dengan peningkatan sebanyak 18.5 peratus berbanding Op Sikap 25 yang lalu, katanya lagi.

Ini merupakan satu kebanggaan apabila turut meraikan 50 pemandu berhemah yang tersenarai terdiri daripada 10 pemandu bas, 10 pemandu motokar dan 30 penunggang motosikal yang mempunyai rekod bersih terhadap peraturan yang ditetapkan serta cara mereka menunggang dan memandu.

No comments: