Tuesday, May 17, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU


6 mei detik bersejarah….para guru dinobatkan sebagai manusia yang berjasa.
Kernanya ilmu tersebar
Kernanya kemahiran menular
Kernanya kesantunan melebar
Imam Ghazali berpesan untuk menjadi guru bertaraf pendidik lagi mursyid, hendaklah ia sentiasa…
1.       Merapati Tuhannya
2.       Melazimi tutur serupa tindakannya
3.       Mengasihi anak didiknya
4.       Menekuni tugasnya
5.       Melestari kepakarannya
John Ruskin menyebut…
“Mendidik tidak beerti mengajar akan apa yang mereka tidak ketahui
Tetapi mendidik adalah suatu pekerjaan yang memakan hati, yang perlu dijalankan terus menerus,
yang sangat sulit dan perlu dilaksanakan dengan ramah-tamah, pengawasan, peringatan, perintah dan pujian serta
terutama sekali adalah memberi tauladan”
Sebenarnya kita bertuah menjadi seorang pendidik, walaupun pada asalnya bukan pilihan utama dalam carta kerjaya yang diidamkan.
Namun….sedarlah dengan keikhlasan kita memerah keringat bermain dengan minda, perasaan, hati dan fizikal adalah petunjuk kepada kecemerlangan bangsa yang akan lahir pada masa akan datang.
Andai kita seringa bertanya apa yang aku dapat…daripada apa yang sepatutnya aku buat,
Maka itulah citra generasi yang akan datang menjadikan keuntungan sebagai buruan hidup siang dan malam
Cerdik mindanya….tetapi buta hatinya
Tinggi ilmunya…tetapi rendah akhlaknya
Hebat kemahirannya…tetapi gersang nilainya
Ayuh….rakan-rakan pendidik sekalian, kita bangun untuk menyumbang bakti bukan semata di pentas bilik kuliah serta dewan syarahan…
Apa yang lebih memberi makna ialah menterjemahkan nilai keguruan dan keinsanan dalam bentuk amalan terbaik yang boleh mengundang nilai ikutan untuk anak didik kita.
Sayangilah mereka dengan sebenarnya… seumpama sayang seorang ibu kepada anaknya
Bayangkan anak kita…pabila memandang wajah anak didik kita
Kita ingin yang terbaik pada anak kita…maka berikan yang paling terbaik untuk anak didik kita
Jangan kerana ego dan kesombongan diri serta tidak peduli sasaran kerja duniawi dan ukhrawi
kita jadikan anak didik kita buat sesuatu yang mereka tidak jangkaui, fikiri dan halusi
Andai mereka salah…tunjukki dan tuntunni mereka.. bukan dilontarkan dengan frasa kata-kata yang seolah-olah kita amat tahu semua perkara
Andai mereka tidak mampu membuat kerja….pandulah mereka dengan motivasi dan ungkapan bestari
Andai mereka tersasar dari landasan ilahi….bimbinglah mereka menyusuri denai ilahi
Perkasakan bukti contoh dan amalan kontektual……dari perkataan yang sedap didengari tanpa ada impak
Lestarikan budaya hidup berpandukan suluhan ilahi yang menerobos setiap sudut tindakan dan pertuturan
Semoga didikan kita adalah pada apa yang boleh dilihat untuk diikuti….bukan apa yang sekadar untuk didengari dan didokumentasi
Semoga cebisan rasa dan luahan jiwa melalui untaian kalimah saya ini, akan memberikan kesedaran untuk kita berubah
ke arah transformasi  zahiri dan batini pendidik hari ini
Sekian, terima kasih
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU
TERIMA KASIH GURU

No comments: