Salam semua, hari Khamis petang lebih kurang jam 6.00 petang aku dan keluarga bertolak dari puncak alam ke Parit Amil Yong Peng Johor. Ikutkan planning hari Khamis tu aku kerja separuh hari, memandangkan ada kematian di lorong rumah aku. maka aku terpaksa ambil EL untuk menyempurnak fardu kifayah.....Ialah masa-masa begini mana penduduk semuanya sudah balik kampung, atas rasa tanggungjawab kita sebagai umat islam sempurnakan dahulu jenazah tersebut, Pengebumian tersebut berakhir jam 12.00 tengahari.. Kemas canopy di depan rumah si mati dan kembalikan ke Surau At-taufiqiyyah.. selepas tu ambil Tasha dan Jazlina di taska.. bersiap apa yg patut.di rumah... perjalanan dari P.Alam melalui highway Elite lancar hingga ke persimpangan bertingkat Nilai....dari nilai ke RSA Seremban kenderaan bergerak perlahan. Berhenti di Rsa Serenban ( 7.00 pm untuk berbuka di akhir ramadan...selepas tu solat dan mulakan perjalanan lebih kurang jam 7.45 pm dan sampai ke destinasi lebih kurang jam 10.30 pm.......
No comments:
Post a Comment