Sunday, August 15, 2010

Nasi Gaul ( Ulahan Banjar Batu Pahat )



Nasi Gaul
Bahan-bahannya;
1. 1 ekor ayam ( belah 8)
2.1/2 botol sos tomato
3. 1/2 botol sos chili
4. 3 biji bawang besar
5. 4 biji bawang kecil
6. 2 inci halia
7. 5 biji bawang putih
8. 1 tin susu cair
9. 1 lb minyak sapi QBB
10. 2 biji buah tomato merah
11. 3 biji telur
12. 2 biji buah timun
13. beberapa bunga lawang dan kayu manis

cara memasak ayam:


1. hiris bawang kecil dan 2 biji bawang putih
2. kisar bawang besar, halia dan bawang putih
3. ayam sudah dibasuh.
4. ayam yang sudah dibasuh, masukkan di dalam mangkuk.
5. gaul bersama dengan bawang yang telah dikisar besama 1/2 botol sos tomato, 1/2 botol sos chili dan 1/2 tin susu cair. masukkan garam secukup rasa. kandungan air agak-agak la ya. tunggu selama 10 minit untuk sebatikan ayam dan rempah.
6. tulis bawang kecil, bawang putih, bunga lawang, kayu manis dgn menggunakan minyak sapi ( agak-agak la mana banyak nak tuang minyak sapi tu). apabila bau sudah naik masukan ayam tadi kedalam periuk. tunggu sehingga masak.




Nasi Gaul


1. 3 cawan beras ( makan 5 orang ) di basuh..
2. tumis bawang kecil, bawang putih, bunga lawang, kayu manis.
3. tumis bahan-bahan di atas di dalam periuk nasi di dapur gas bersama minyak sapi.
4. masuk 3 cawan air paip dan 2 cawan kuah ayam yang telah masak. tunggu sehingga mendidih, selepas itu masuk beras. apabila basi hampir kering masukkan periuk tadi ke dalam rice cooker....masak seperti biasa semasa menggunakan rice cooker.




Acar nasi gaul


1. 2 biji bawang besar dihiris
2. 2 biji buah tomato di potong
3. 2 biji buah timun di hiris
4. 3 biji telur sudah di rebus
5. 1/2 tin susu cair.


bahan -bahan bawang besar, buah tomato dan timun tadi di masukkan di dalam mangkuk dan di gaul bersama susu cair. letak garam secukup rasa. ambil kuah ayam tadi masukkan ke dalam acar tadi, kuantiti kuah ayam seadanya...dan potong telur rebus dan campurkan pada acar.


selamat mencuba...





















4 comments:

Unknown said...

Aku hanyarnyuruh binik mancarieek resepi nasi gaul...... !!!!!!nihhh.....Ikamkah yg meandak!!

Ibram Al-Banjari said...

ia ai..cuba menarai masak..

hafidz said...

Ken a try NIH, walau Saha banjar tapi tk pernah tau tk pernah makan Nasi gaul. Ada dual kt mana mana?

Ali wardhana said...

urang banjar di malaysia masih lah meolah wadai untuk-untuk, kakoleh, cucur wan wadai cincin...
salam kenal dari dingsanak di tanah banjar (kalimantan selatan)