Wednesday, August 25, 2010

Jadikan Iktibar di bulan puasa...astarfirullahalazim....

kisah sedih yang menyayat hati





*Ditulis semula penulis seperti yang diceritakan oleh En. Mohd Azman
student Malaysia kat Jepun


Assalamualaikum.Nama saya Mohd


Azman (bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang


menuntut di salah sebuah universiti di negara


matahari terbit,Jepun.Saya ingin berkongsi


pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian


dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada


masa hadapan.


Kisah ini berlaku di depan mata saya


sendiri menyebabkan saya berasa insaf.Ada seorang


budak Jepun bernama Tatsuo-kun(bukan nama sebenar)


dan tinggal bersama-sama emaknya Maciko-san (juga


bukan nama sebenar) di daerah Yamanashi.Dua


beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana


bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu


kemalangan jalanraya.Kerana keluarga ini hanya


tinggal berdua saja maka hubungan di antara


Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah rapat


ekali.Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba


dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar


menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia


mendapat biasiswa dan memasuki Meiji


University.




Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula


berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang ke


rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian


di rumah.Hendak dipendekkan cerita,Maciko-san


telah mengambil keputusan untuk datang ke Tokyo


untuk berjumpa dengan anak kesayangannya.Ketika


itulah satu perkara yang menginsafkan saya


berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA saya


sendiri.Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu


universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya


tiba dan memanggil namanya.Melihat keadaan ibunya


yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun


berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata


anak orang berada.Tatsuo-kun dengan muka yang


berang mendekati emaknya dan berkata(telah di ubah


maksudnya ke dalam bahasa melayu),"Makcik ni silap


orang la..".Saya berasa sedih dan terkejut ketika


itu melihat Maciko-san dilayan sebegitu tetapi


masih mampu mengawal air mata.Maciko-san memegang


tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak


bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong


perasaan malunya telah menolak emaknya ke arah


jalan raya dan dilanggar kereta. Tetapi Maciko San



kembali bangun setelah mendapat kuasa dari keluarga



ultraman taro dan menyentap tubuh Tatsuo-kun bertalu-talu



diatas jalan tar sehingga berkecai tanpa mendapat pertolongan



rasaksa gorko yang memang kejam..



Saya berasa sungguh sedih dan cuba


untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya


berlaku di dalam televisyen rumah saya cuma.Lantas


saya mengambil remote controller dan menukar ke


siaran yang lain.


Diharap para pembaca tidak berasa marah dan


tertipu dengan kisah En.Mohd Azman tadi kerana


penulis telah pun memukulnya sehingga muntah darah


kerana membuat lawak dengan muka serius.

No comments: