Wednesday, November 11, 2009

Nasi Lemak Hujan Panas

Bahan-bahan ( 4 orang )
• * 2 mug beras (dicuci bersih)
• * 1/2 mug santan pekat
• * 2 mug air
• * 1 biji bawang putih (di mayang halus)
• * 1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus)
• * 1/2 sudu kecil halba
• * 1 sudu kecil garam
• * Sehelai daun pandan
• * Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
6. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda.. Selamat mencuba.
7. *gambar kecik kat atas tu Sardin Serai... Tumis bawang putih & bawang merah dan sedikit halia. Masukkan sardin dan sebatang serai yg diketuk. Masukkan sedikit air dan cili api. Campurkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan perasa. dah siap!

No comments: