Thursday, October 8, 2009

Orang Banjar Malaysia

Orang Banjar di Malaysia

Mukaddimah

Masyarakat Malaysia terkenal kerana sifat majmuknya. Salah satugolongan etnik yang besar ialah orang Banjar. Seperti golongan etniklain, orang Banjar juga merupakan satu golongan yang kompleks danmempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Orang Banjar adalahtergolong dalam rumpun bangsa Melayu, walaupun begitu, tidak banyakyang diketahui tentang masyarakat ini. Keadaan ini agak berbeza denganorang Jawa yang lebih dikenali walaupun kedua-dua masyarakat inimempunyai latar belakang penghijrahan yang hampir sama dan berasaldari negara yang sama iaitu Indonesia. Satu hal yang agak menarik juga, kedua-dua masyarakat tersebut tinggalberdekatan dengan Malaysia, contohnya di daerah Batu Pahat, Johor,daerah Sabak Bernam dan Tanjung Karang, Selangor dan daerah BaganDatoh di Perak. Sehingga kini, belum ada penulisan yang benar-benarlengkap tentang sejarah kedatangan atau perkembangan masyarakattersebut di negara ini, walaupun sumbangan mereka dalam bidang sosial,ekonomi dan politik bangsa Melayu khasnya di negara ini secarakeseluruhannya tidak kurang pentingnya.

Asal-usul kedatangan orang Banjar ke Tanah Melayu
Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dariKalimantan, Indonesia, di kawasan selatan Basin Barito, terutamasekali dari daerah Banjar Masin, iaitu pusat bandar daerah itu.Kawasan ini adalah terletak di bahagian tenggara Borneo. Di antaradaerah-daerah utama tempat asal orang Banjar tersebut ialah daridaerah Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margasari dan Martapura.Sebahagian dari mereka juga berasal dari Sumatera Tengah di kawasanBukit Tinggi dan Sepat. Daerah-daerah tersebut merupakan kawasanpenanaman padi. Oleh demikian, mereka yang berhijrah ke Tanah Melayuadalah merupakan petani-petani yang mahir dalam penanaman padi. Disamping itu, pekerjaan khusus seperti melukis, tukang permata danberniaga juga ditekankan oleh mereka. Pekerjaan inilah yang membezakanmereka dari suku-suku bangsa lain di daerah orang-orang Dayak yangtinggal lebih ke utara barat Banjar Masin. Masyarakat ini jugadikenali dengan kemahiran membuat peralatan dari besi, sepertiperalatan pertanian dan senjata. Kebanyakan mereka suka tinggal dilembah beberapa buah sungai seperti di sepanjang lembah Sungai Baritodari Banjar Masin hingga ke Asuntai dan Tanjung di utara., Tenom,Keningau dan Tawau. Orang Banjar ini pula terbahagi kepada beberapapuak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerahBalangan, Amuntai dari daerah Amuntai, Barabai dari daerah Alai,Nagara dan Kandangan dari daerah Hamandit, Rantau dari daerahMargasari dan Martapura dari daerah Martapura. Masyarakat ini seringmengidentifikasikan diri mereka berdasarkan daerah tempat asal-usulmereka di Tanah Banjar.
Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu tidak dapat dipastikan,tetapi menurut Afred Bacon Hudson seorang pengkaji orang Banjar,migrasi ini bermula dalam pertengahan abad ke 19. Penempatan yang awalsekali dapat dikesan ialah di Batu Pahat, Johor. Pada masa itu, merekasering berulang alik berdagang dan berniaga kelapa kering melaluiSiak, Bentan, Inderagiri terus ke Batu Pahat dan Singapura. Selaindaripada itu Bagan Datoh di Perak juga dikatakan tempat pertapakanawal masyarakat ini di Tanah Melayu.
Dari Batu Pahat, mereka berpecah ke kawasan lain. Mereka masih lagimanjalankan aktiviti yang serupa seperti bertani, berkebun getah,kelapa dan sebagainya. Pada masa kini, masyarakat Banjar bolehdidapati di beberapa kawasan pantai barat, terutamanya di kawasanpenanaman padi seperti di daerah Kerian, Sungai Manik dan Bagan Datohdi Perak, Sabak Bernam dan Tanjong Karang di Selangor serta Batu Pahatdi Johor. Di Sabah pula, orang Banjar terdapat di Sandakan
Selain daripada faktor perdagangan, kemiskinan yang mencengkamkehidupan orang Banjar di tempat asal mereka juga telah mendorongpenghijrahan ke Tanah Melayu. Keadaan mereka di Tanah Banjar agaksukar kerana tanah pertanian mereka sering menghadapi ancaman binatangbuas. Faktor ini ditambah lagi dengan kemelaratan yang dihadapi dibawah pemerintahan penjajah Belanda yang terlalu menindas masyarakattempatan dengan pelbagai cukai dan peraturan yang tidak munasabah. Disamping itu, mereka tertarik dengan kemakmuran kehidupan di TanahMelayu pada masa itu yang dikhabarkan oleh pedagang-pedagang yangberulang-alik ke Tanah Melayu.
Pihak penjajah British di Tanah Melayu pula amat menggalakkanpenghijrahan masyarakat dari Indonesia untuk membuka dan mengerjakankawasan pertanian yang baru kerana masyarakat tersebut amat terkenaldengan sifat tabah dan gigih dalam menghadapi cabaran hidup.
Ciri-ciri awal orang Banjar di Tanah Melayu
Apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri awal ini ialah sosio-budayaorang Banjar pada tahap awal pertapakan mereka di tanah Melayu iaitusekitar pertengahan abad ke-19 sehingga pertengahan abad yang ke-20.Terdapat ciri-ciri yang dominan dan ketara pada masyarakat ini yangmembezakannya dengan masyarakat Melayu tempatan pada masa itu. Diantara ciri-ciri awal yang dapat diperhatikan dalam masyarakat inipada masa itu ialah, fahaman kesukuan, teguh pegangan agama dancarahidup sederhana, berani dan panas baran.
Fahaman kesukuan
Perkara ini adalah berkait rapat dengan keadaan mereka yang baruberhijrah dari Tanah Banjar ke Tanah Melayu yang masih asing bagimereka. Jadi, bagi memastikan kebajikan mereka terjaga, merekasentiasa tinggal dalam satu kelompok. Salah satu ciri terpenting wujudpada masyarakat tersebut pada masa itu ialah mendalamnya fahamankesukuan. Bagi mereka, orang-orang selain dari suku mereka dianggapsebagai ‘orang luar’. Keadaan ini telah mempengaruhi pergaulan,perkembangan pemikiran dan seterusnya keperibadian mereka. Fahamkesukuan ini juga telah menjadikan masyarakat ini pada masa itusebagai sebuah masyarakat tertutup. Jarang-jarang benar berlakuperkahwinan di luar suku Banjar. Justeru itu, faktor ini telah dapatmengekalkan beberapa ciri-ciri keperibadian yang tersendiri masyarakatini. Contoh yang nyata ialah pengekalan bahasa pertuturan sehari-hariiaitu dialek Banjar dan kawasan tempat tinggal yang berkelompok.
Teguh pegangan agama dan cara hidup sederhana
Kebanyakan orang Banjar yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah terdiridaripada mereka yang kuat pegangan agama Islam dan mengamalkan carahidup yang sederhana. Maka, tidak hairanlah bahawa masyarakat ini amatcondong terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islamdalam kehidupan seharian mereka.
Keadaan ini ditambah lagi dengan corak pekerjaan mereka yang berbentukpertanian dan lokasi petempataan mereka yang agak terpencil daripadabandar, telah menyebabkan peluang untuk mereka mengikutikemudahan-kemudahan seperti pelajaran, kesihatan, dan lain-lain amatterhad. Perkembangan pendidikan secara formal yang wujud dalammasyarakat ini hanyalah berupa kelas membaca al-Quran, mempelajarihal-ehwal syariat Islam sama ada di sekolah-sekolah agama rakyatmahupun di madrasah-madrasah. Bagi golongan yang berkemampuan pula,mereka menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah-sekolah arab mahupunpondok-pondok di tempat lain. Bagi yang lebih berkemampuan, merekajuga turut menghantar anak-anak mereka ke Tanah Suci Mekah untukmendalami ilmu agama. Amat kurang sekali yang menghantar anak-anakmereka ke sekolah-sekolah kerajaan mahupun ke sekolah Melayu keranamereka berpendapat mata pelajaran yang di ajar tidak sesuai dansemata-mata hal-ehwal duniawi sahaja. Begitu juga dengansekolah-sekolah Inggeris mereka khuatir anak-anak mereka akanterpengaruh dengan dakyah Kristian jika menghantar anak-anak merekabelajar di sekolah tersebut. Walaupun pada umumnya, fahaman sebeginiwujud dikalangan masyarakat Melayu yang lain, tetapi keadaan yangwujud dikalangan orang Banjar amat ketara sekali.
Sebagai buktinya, sehingga awal tahun-tahun 60an, amat kurang sekalipegawai-pegawai kerajaan mahupun kakitangan yang berketurunan Banjar.Kalau pun ada, hanya pegawai-pegawai agama atau guru-guru agama.Ringkasnya mereka lebih berminat untuk bergiat dalam bidang-bidangyang bersangkutan dengan hal-ehwal agama Islam sahaja. Kesan lain yangdapat diperhatikan dan masih kekal sehingga kini ialah terdapatnyadengan banyak sekali sekolah-sekolah agama rakyat, madrasah mahupunpondok-pondok dikawasan-kawasan yang majoriti penduduknya orang Banjarseperti di daerah Kerian, Perak mahupun di daerah Sabak Bernam,Selangor.
Keadaan kehidupan mereka juga amat sederhana, rumah mereka dikatakankosong kerana tidak mempunyai alat-alat perabut seperti kerusi, mejadan almari. Peralatan yang ada seperti tikar mengkuang yangdibentangkan ketika tetamu datang dan lain-lain perkakas yang mustahaksahaja.
Satu hal yang agak menarik juga ialah, masyarakat ini tidak sukabekerja makan gaji dengan kerajaan kerana mereka lebih suka bekerjasendiri khasnya dalam bidang pertanian. Perkara ini juga berkaitdengan kebebasan untuk mereka membuat perkara-perkara sampingankhasnya untuk mendalami ilmu-ilmu keagamaan. Pekerjaan bertani khasnyapenanaman padi mempunyai ruang masa yang banyak dan bebas untuk merekamelakukan perkara-perkara tersebut seperti ketika menunggu musimmenuai dan seumpamanya. Kedudukan seseorang yang tinggi ilmu agamajuga amat dihormati dan mendapat tempat yang istimewa di kalanganorang Banjar. Nilai yang diberikan ke atas seseorang individu dalammasyarakat ini adalah berdasarkan keahliannya dalam ilmu-ilmu agamaIslam. Nilai-nilai seperti ini menjadikan masyarakat ini begitu kuatdan taat berpegang kepada ajaran Islam dan kepada kepimpinan yang ahlidalam bidang agama Islam. Perkara ini jelas dilihat daripadakemenangan calon parti yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuanganpada Pemilihan Umum Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 KawasanKerian, Perak yang telah diketahui majoriti daripada penduduknyaterdiri daripada orang Banjar. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan GuruHaji Ahmad Haji Hussein, keturunan Syeikh Muhammad Arsyad al Banjari,seorang tokoh ulama besar berasal dari Tanah Banjar, KalimantanSelatan, Indonesia.
Berani dan pemanas
Salah satu sifat yang agak ketara terdapat dalam masyarakat Banjarialah bersifat berani dan pemanas. Masyarakat ini pantang dicabar danbersifat panas baran. Penggunaan senjata seperti pisau (biasanyadisebut lading), parang panjang atau badik (sejenis pisau juga), tidakasing lagi bagi mereka terutama ketika berlaku pergaduhan. Dipercayaijuga setiap keluarga orang Banjar pasti menyimpan sebilah parangpanjang di rumah masing-masing untuk menjaga keselamatan mereka. OrangBanjar sering dianggap sebagai masyarakat yang gemar bergaduh olehmasyarakat lain. Sebenarnya, sifat ini telah timbul secara turuntemurun semenjak mereka menetap di Tanah Banjar lagi. Keadaan alamsekeliling di Tanah Banjar yang penuh dengan hutan belukar danbinatang buas menjadikan mereka sentiasa berhadapan dengan cabaran danhalangan dalam meneruskan kehidupan mereka. Orang-orang yang berniagapula sering berhadapan dengan lanun dan perompak memerlukan merekasentiasa bertenaga dan bersedia untuk bertarung dengan pihak musuh.Perkara ini juga telah menyebabkan mereka suka menuntut ilmu-ilmupersilatan daripada pendekar-pendekar tempatan mahupun luar. Keadaanini terbawa-bawa dan akhirnya telah menjadi sifat dan perangai merekasehingga sekarang walaupun semakin berkurangan. Ciri-ciri ini jugalahyang sebenarnya menjadi penyebab kepada pergaduhan yang telah timbuldi kawasan petempatan orang Banjar seperti di Sungai Manik, TelukIntan, Perak pada tahun 1940an dan 1960an mahupun di Batu Pahat,Johor pada 13 Mei 1969, atas gabungan sifat mereka yang kuat peganganagama dan berani serta pemanas.
Orang Banjar kini
Kini, orang Banjar di Malaysia sebagaimana masyarakat-masyarakatpenghijrah dari Indonesia yang lain seperti orang Jawa, Bugis,Mendailing, Rawa, Kerinchi, Batak, Minangkabau dan lain-lain lagi,telah mengalami arus perubahan yang pesat seiring dengan kepesatanpembangunan di negara ini sendiri. Proses asimilasi yang berlaku keatas masyarakat ini amat ketara terutama apabila mereka sudah tidaktinggal lagi bersama-sama dalam kelompok mereka mahupun apabilaberlakunya perkahwinan campur. Program pendidikan di negara ini jugasedikit sebanyak telah mengasimilasikan masyarakat ini ke dalammasyarakat Melayu tempatan. Generasi muda masyarakat ini sudah agakkurang mahupun tidak tahu atau malu untuk bertutur dalam bahasa Banjarwalaupun ketika berbicara sesama mereka.
Sifat mereka yang suka merantau masih membara dijiwa mereka. Buktinya,apabila adanya pembukaan tanah-tanah rancangan sama ada oleh FELDAmahupun FELCRA, mereka akan memberikan sambutan yang menggalakkanuntuk menjadi peserta. Kini, orang Banjar juga banyak didapati dikawasan-kawasan tanah rancangan contohnya di negeri Pahang.
Di petempatan yang majoritinya adalah terdiri daripada masyarakatBanjar, Perpaduan mereka masih erat dan mereka masih terus memeliharadan menggunakan bahasa Banjar dalam pertuturan harian. Namun, darisegi pengamalaan adat resam dan organisasi sosial orang Banjar sertaprasangkanya terhadap orang bukan Banjar sudah agak berkurangan danmungkin sudah tiada lagi. Sikap mereka terhadap pendidikan juga telahjauh berubah di mana anak-anak mereka juga telah berjaya melanjutkanpelajaran sehingga ke menara gading dan menjawat jawatan-jawatan yangtinggi di sektor awam mahupun swasta. Namun begitu, pendidikan agamamasih tetap menjadi pilihan utama kebanyakan dari mereka dan buktinyadapat di perhatikan daripada ramainya anak-anak masyarakat ini yangmempunyai kelulusan agama yang tinggi terutama orang Banjar daridaerah Kerian, Perak dan daerah Sabak Bernam di Selangor.
Disusun semula oleh:
Shahril B. Asnawi,

12 comments:

pensilpotret said...

terima kasih ,teruskan menulis :) - melayu banjar,uitm shah alam.

thrasher115 said...

sebelah mak saya memang banjar dari johor,sebelah bapak banjar dari kuching..bila ditrace ke awal lagi banjar ni asal usulnya adalah satu dari suku dayak di kalimantan..raja banjar pertama adalah raja dayak yang pertama masuk islam selepas zaman era majapahit...panjang ceritanya nih hehe..

Ibram Al-Banjari said...

thank for info

RoseHana said...

nk copy info ni boleh ?huhuhu

Unknown said...

Salam perkenalan...ulun urang banjar keluak dr Kluang Johor. boleh ke blog ulun ada info ttg urg2 banjar jua. Kulaan barataraan..http://talamkeladi.blogspot.com/2012/09/bangsa-banjar.html

Anonymous said...

Terima kasih atas maklumatnya..
~Banjar Ori~..walaupun nenek moyang saya dah menetap kat tanah melayu lama tp saya masih banjar ori..

nurILahi said...

salam. Nak tanya, banjar ada sistem tulisan sendiri tak? kalu ada boleh tlg brikan link nye...T.Kasih. Sedang mmbwt kajian kecil berkaitan bahasa banjar..

Unknown said...

Salam. Ada sesiapa boleh share maklumat or books pasal Banjar? Saya sedang buat kajian bahasa Banjar. -Pelajar Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam

Ida said...

Saya orang banjar dari daerah kerian bagan serai....kulaan niring napa takurihing....☺☺☺

Unknown said...

Eh hi fida ida. Sama pang. Kulaan daerah kerian

Hex said...

Moyang saya berbangsa Banjar, saya mahu kmbali mngenali Banjar

Aidaalyaa said...

Tq for sharing. Ayah sy banjar parit buntar.. kalau blk kg mmg x fhm spatah Haram pn yg dorg bersurah.. tp kakak sy blh fhm skit.. nk ckp tu ssh skit..rugi x bljar.. 😁