Thursday, March 11, 2010

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu
tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita
tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih
mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya
bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah
pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI
ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya
turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam.
Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil
untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat
kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia
tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama
lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak
berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun
bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan
bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada
bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail
mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan
mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan
engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat
manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi
kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab
antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak
manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan
tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat
kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan
kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan
tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman,
keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan
berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air
masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran
dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian
diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah
pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan
rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan
dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu
sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia
merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung
Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk
memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan
menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah
diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai
peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.
Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah
sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah
liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan
sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa
halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil
masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk
memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah
urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan
seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan
dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah
keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian
dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan
tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya
terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu
jika orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang
mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun.
Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini
menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan
isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian
terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi
darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana
kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam
sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang
pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam
yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama
100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama
hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam
dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad
Isa Selamat)

No comments: