Thursday, April 28, 2011

Ajoi Jadi Penyanyi

Sumardi: Ko pandai nyanyi x joi?


Ajoi : Aku dapat nombor dua dalam pertandingan kelas aku

Sumardi: Hebat!, berapa orang pesertanya?

 Ajoi : 2 orang

Sumardi: Ok, yang nombor satu tu nyanyi bagus sgt ker?

 Ajoi : Tidak, malah dia x nyanyi pun

 Sumardi: So, kenapa dia boleh jadi juara?

Ajoi : Setelah mendengar aku menyanyi, juri sepakat memilih dia sebagai juara.

 Sumardi: Fyuhhh…., ko pernah bernyanyi di depan orang ramai?

 Ajoi : Pernah, gua pernah sekali menyanyi dalam bas.

 Sumardi: Kemudian, apa yang terjadi?

 Ajoi: Drebar bas tu bagi aku duit RM50

Sumardi : Hebat, jadi ko dapat RM50 kerana menyanyi?

Sumardi: Bukan, dia bagi duit supaya aku berhenti menyanyi

Wednesday, April 27, 2011

Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.


Nenek : Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek.

Rahmat : Jangan cakap macam tu, nek (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung, dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek.

Rahmat : Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu. Tapi di mana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?





Nenek : Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.



Rahmat : ?????



Hahahahaha

18 Petua Mengasihi Teman Hidup Anda

Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.


2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.

3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (ILOVEU 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)

5. Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.

6. Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)

7. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.

8. Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.

9. Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya yang ku cingtai”.

10. Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.

11. Sekiranya pasangan anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang faham dengan keperluan pasangnya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.

12. Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata ‘inginkan

seseorang yg dapat membantu’. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.

13. Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali di caci-keji.



Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..

14. Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya.

15. Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

16. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan kenikmatannya.

17. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

18. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

Perkara Yang Perlu Di Elak dan Waktu-waktu Yang Sesuai Dalam Berjimak

Berikut adalah panduan bagi perkara-perkara yang patut dielakkan dan waktu-waktu yang sesuai untuk bersetubuh bagi suami isteri. Bagi yang belum akad nikah, aku doakan anda dipertemukan jodoh dan dipermudahkan urusan walimatulurus. Amin.



Jom kita survey dulu 9 perkara yang harus dielakkan oleh suami jika ingin mendatangi isteri.

1.Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah.

2.Jangan berjimak antara azan dan iqmah.

3.Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk.

4.Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban.

5.Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari).

6.Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar atau kakak ipar).

7.Jangan berjimak di atas loteng.

8.Jangan berjimak pada malam kamu hendak keluar bermusafir.

9.Jangan berjimak pada awal malam (sebelum isyak).

Berikut pula 7 waktu-waktu yang sesuai bagi suami isteri membuat anak.

1.Berjimak pada malam Isnin.

2.Berjimak pada malam Selasa.

3.Berjimak pada malam Khamis.

4.Berjimak sewaktu matahari di tengah langit (Orang makan tengah hari, dia makan bini).

5.Berjimak selepas asar pada hari Jumaat.

6.Berjimak selepas isyak pada malam Jumaat.

7.Berjimak selepas membaca doa berlindung dari syaitan

Monday, April 25, 2011

Hanya mulut dara dibenar petik daun teh

GUSHI - Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar semalam.


Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut.

Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.

Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.

"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.

Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.

Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. -

Sihir - Ustazah Dato' Ustazah Fatma El_Zhara

Assalamua’laikum…




Renung-renungkanlah dan selamat beramal………setiap penyakit ada syifa’nya.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------



Kelas Usz. Fatma El-Zahra .. She continued to talk about sihir -

sambungan from her previous class. Dr. Fatma amanahkan anak murid dia untuk sampaikan kepada kaum keluarga dan sahabat handai. So, I want to share this knowledge to you all, since kita pun terdedah dengan perbuatan sihir ni everyday.

Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang l ain sbb dengki, sakit hati, cemburu etc. Manusia ni pegi kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.



Bagaimana kita nak tahu orang yang kita 'minta tolong' tu adalah tukang sihir?

1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelikat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate.

2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' like ayam hitam ke, kambing putih ke etc

3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/ menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.

4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect as orang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you be! lieve there are people who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said that cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmu tu.

Bagaimana kita tahu kena sihir?

1. Cannot sleep at night

2. Suka ketawa sendiri

3. Tak suka mandi

4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!

5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.

6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!



Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?

1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib - read loudly, not in heart!

"Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim"

Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya mel ain kan kehendak Allah.

- Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati

- Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?

- Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don't just laugh it off. Cepat -cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.

2. Turut perintah Allah.

- Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandi hadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don't prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!

3. Lebihkan zikir.

- Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu

- Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari "Aamanarasul. ..."

- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan ect.



Note!

"Arasy" atau tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis 'bisnes' keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing in tandas! Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin.

4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang . So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah waktu maghrib. Time to change!

5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah.

- Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.

6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.

7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.

8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be from your own doings.

Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir

.Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca:

Bismillaahi (3x)

A 'uudzu bi 'iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru

Ertinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaan Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya khuatirkan.

Bacalah ayat di atas 7 kali.

Kemudian baca doa: Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa-aillaa syifaa uka. Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa.

Ertinya: Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan mel ain kan kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi.



Treating Orang yang Kena Sihir

1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin takut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered. It is a symbolic action to hancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun bidara ini, baca:

- Ayatul Kursi

- Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..)

- Qul ~ Ahad

- Qul ~ Falaq

- Qul ~ Naas

- Surah Yunus ayat 81

- Surah A'Raf ayat 120-121

- Surah Thaahaa ayat 69 mulai “Wala yuflinu..."

2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi air yang boleh diminum.

3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.

4. Selebihnya dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.

5. Ulangi selama 41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus. Tapi kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapi jangan sampai seminggu gap...tak menjadilah! Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi (could be a strong sihir).

Another method is the 'dry way'. That is, tak payah mandi, but baca terus pada pesakit sambil sapu kepala dia.



Sekian, Wallahu a'lam

Wednesday, April 20, 2011

Selamat Harijadi Buat Abang Yusuf

Allah selamatkan kamuuu..allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Abang Yusuf..Allah selamatkan kamu..hari genap umur anak ayah 9 tahun.. semoga menjadi anak yang soleh dan hormat kedua ibubapa....

Tuesday, April 19, 2011

Animal sculptures






The exhibition of twenty animals on display at the zoo in Cologne. But this is not about living things. They turned into a statue of a German anatomist Gunther von Hagens through a process called plastination.
Plastination is that fat and water are replaced with plastic. In this process, samples are obtained, which can be touched, which does not smell and does not decompose.

Grammar and Conversational Course for Clerical & Junior Executive - 13 & 14 April 2011.



Makna di balik lagu-lagu Michael Jackson



Michael Jackson memang tidak sembarangan dalam membuat setiap lagu-lagunya. Dalam setiap lagunya, kalau dicermati ada pelajaran hidup yang bisa kita petik.

1. Tidak masalah apakah anda berkulit hitam atau putih (Black or White)

Setiap hari di dunia, orang-orang berperang memperebutkan sesuatu. Permasalahan ras, suku, agama ataupun budaya, membuat kita terpecah. Sudah tidak terhitung berapa korban manusia akibat peperangan baik langsung maupun tidak langsung. Seharusnya, tidak peduli apakah kita hitam atau putih, kita bersatu dan mencintai satu sama lain sebagai manusia. Manusia dilahirkan berbeda satu sama lain bukan untuk terkotak-kotak, namun untuk saling menghargai.

2. Mulailah dengan orang di depan kaca (Man in The Mirror)

Pernahkan anda berpikiran untuk merubah orang lain? Atau malah berpikiran hidup anda akan jauh lebih baik jika lingkungan sekitar anda berubah sesuai dengan yang anda bayangkan. Dunia kita tidaklah sempurna, namun jika anda ingin merubahnya, anda harus memulainya dengan diri anda sendiri. Lihatlah di depan kaca dan mintalah pada orang yang ada di depan kaca tersebut untuk berubah. Hanya itulah satu-satunya jalan. Jika kita ingin membuat dunia ini menjadi lebih baik, lihatlah pada diri kita sendiri dan buatlah suatu perubahan.

3. Sembuhkanlah dunia (Heal The World)

Seperti dikutip dalam lagunya, “There are people dying if you care enough”, Ketika saat itu orang-orang belum waspada terhadap issue pemanasan global, Michael lah yang pertama kali menyerukan issue pemanasan global ini. Sekarang tergantung kita semua untuk memperbaiki dunia ini dari pemanasan global, kemiskinan, wabah penyakit, pendidikan dan masalah-masalah lain yang mengganggu kita. Hanya kepedulian kitalah yang akan membuat dunia ini menjadi lebih baik untuk anak cucu kita kelak dan umat manusia secara keseluruhan.

4. Anda tidak sendiri (You Are Not Alone)

Pengalaman-pengalaman dan penderitaan-penderitaan yang anda alami tidak jauh berbeda dengan orang-orang lainnya. Akan selalu ada pertolongan, dukungan dan cinta pada anda, meskipun anda saat ini tidak memiliki siapa-siapa. Jika anda membaca artikel ini sekarang, berarti anda sedang mendapatkan dukungan dan dorongan.

5. Jangan berhenti sampai anda merasa cukup (Don’t Stop Til You Get Enough)

Michael meraih suatu pencapaian yang luar biasa dalam hidupnya. Prestasi-prestasinya seperti perjalanan yang tiada akhir. Namun kunci kesuksesannya adalah, ia tidak berhenti, dia bekerja sangat keras. Satu hal yang kita pelajari dari Michael, jika anda menginginkan sesuatu anda dapat memilikinya selama anda berkeinginan kuat dan bekerja keras untuk mencapainya, teruskanlah usaha anda dan jangan pernah berhenti.

6. Kita adalah dunia (We Are The World)

Sesering mungkin kita berpikir bahwa kita adalah dunia, maka kita tidak akan merasa kesepian. Satu-satunya cara kita mencapai kesejahteraan adalah jika kita bekerja bersama-sama. Satu orang menderita maka kita semua menderita, satu orang berduka maka kita semua berduka. Kita semua terhubung satu sama lain sebagai umat manusia, sehingga jika ada satu orang terluka, sudah menjadi tanggung jawab kita untuk menolongnya. Seperti dikutip dalam lagunya, ”We are the world, we are the children and we are the ones who make a brighter day, so let’s start giving.”

7. They don't see you as I do (Ben)

Bahwa setiap orang memiliki sisi positif. Jangan melihat sseorang hanya dari sisi negatifnya saja.

Takdir Penentu Suratan



"Beng!!", tembakkan tepat singgah ke dada walid. Kejadian yang langsung tidak dijangka kini terjadi dihadapan mataku. Badanku kian kaku melihat kejadian tersebut. Jasad walid masih bergerak-gerak menunjukkan dirinya menahan sakit yang dia alami.. Tanpa memikirkan perkara lain..aku terus memeluk jasad walid.. "Walid...jangan tinggal abg!! abg sayang walid...maafkan abang...", air mataku kian mencurah ke pipi....

"Abang walid nak minta maaf kat abang selama walid jaga abang walid tak dapat penuhi keinginan abang...walid....mi...tak..maaf...abang jaga...ummi, jaga adik2..yang lain...ya!.wa........lid sayang sem...ua". air mata walid kian menampakkan sinarnya dengan diiringi kesakitan yang dialami. Aku cuma budak berumur darjah 4 tidak mampu untuk menolong walid. Kini jasad walid tidak ditemani roh lagi..hanya sekujur badan....yang tidak mampu bergerak...
Kejadian rompakan di bank yang hampir 10 tahun dahulu itu masih lagi segar bugar dek ingatanku...masih terpahat...Seruan ombak memukul pantai...cahaya menyinari seluruh sudut ruangan kamarku... "Tok..!! tok..!! tok!!...abang jum pergi pantai...kita pancing nak tak? angah boring la duduk rumah je...angah dah bagitau ummi dah..ummi bagi..jom lah....lagi pun kalau dapat hasil boleh la wat makan malam...". Ketukan itu membuatku tersedar dek lamunan kisah silam..."ABANG CEPAT LAH..!!", "Sekejap la angag oi..abang nak pakai baju nieh...tak sabar betul adik abang ni ya!! siap ko nanti!!", senyuman mengukir di wajahku... kerana Allah mengizinkan kami hidup bersama walaupun berat tanpa walid...
"Abang nih lambat lah....Angah dah siap ngn pancingnya lagi....and x lupa...topi arwah walid....", angah menggayakan dengan gerakan ibarat seorang peragawan dengan topi walid. Aku hanya senyum melihat adik tunggalku.. "Ummi...abang pergi dulu ya..., Pak samad dah tunggu dah tu nak serahkan botnya...kang x dapat nak pancing kat laut nun....", Aku mengucup tangan Ummi.... "Angah salam dulu...ish ko nieh...tak sabar-sabar betul..kang abang tak jadi pergi kang baru tau!!" gertakku...aku tahu adik aku tidak akan pergi tanpa kehadiranku... kelam kabut Angah yang sudah berada di berandar rumah bersiap sedia untuk ke laut masuk kembali ke rumah untuk bersalam dengan ummi.. "Ni pergi baik-baik ya!! sebelum maghrib balik tau!!", ummi berpesan dengan penuh harapan yang memancar dek onak matanya....
"Yes Ummi..we will promise" Angah bersuara dengan penuh semangat... Senyuman sekali lagi terukir melihat riaksi adiku yang telah mencecah 16 tahun tetapi perangainya suka dibuat seperti budak sekolah rendah... Yang menyedihkan ku ketika umurnya baru mencecah 6 tahun...walid telah meninggalkannya...tidak sempat angah merasa kasih sayang walid yang secukupnya.... Kini aku mengganti tempat walid.. ingat kata-kata terakhir yang keluar dek bibir walid...
"Assalamualaikum Pak Samad!!" sapaku... "Waalaikumusalam..ha..kamu berdua..nah ambil bot nieh....jangan pergi jauh-jauh....Pak Mad tak dapat ikut kamu berdua..Pak Mad ada hal kat pekan sana..ingat pesan Pak Mad", Pak mad yang kami sudah angapnya seperti keluargaku sendiri tak pernah letih menasihati kami anak beranak...
"Okey Pak Mad....jangan risau lah...." angah menyampuk...
Perjalanan kami ke laut mengambil masa lebih kurang 20 minit.. Aku tidak mahu bawa bot tu jauh sangat...lagipun cuaca mendung hari ini...
Maha suci Allah yang memudahkan ini bagi kami tiadalah kami berkuasa mempergunakannya, Jika tidak kerana kurnia Allah sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.
Doa ini tidak pernah aku lupa untuk membaca sebelum ke laut...moga Allah mempermudahkan urusan kami di laut.."Angah cukup la sampai sini..", pesanku kepada Angah..."okeylah abang...your choice.." sambil tersenyun dia melamparkan tali pancingnya ke laut dengan penuh semangat.... "Angah kejut abang dalam 20 minit ya...abang letih la..angah pancing elok-elok tau!!",pesanku..aku cuma ingin melapkan mata kerana badan masih lagi letih..kerana semalam aku balik kerja angkat barang lebih kurang dalam pukul 11.30..Alhamdulillah Allah memberi tenaga kepadaku untuk bertahajjud pada paginya...
"Okey abang!! Sayang abang sangat-sangat"...angah melemparkan senyuman manis kepadaku..dan aku hanya membalas dengan senyuman manis beserta kenyitan mata yang menggoda..dalam hatiku hanya mampu tergelak memikirkan prilaku yang abnormal yang sengaja dibuat-buat oleh kami berdua sebagai tanda kemesraan..."Ya Allah aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana mengurniakan adik yang sebaiknya...", ungkapan terakhir sebelum ku melelapkan mata....
"Tit....Tit...Tit....., jam tanganku berbunyi...lekas aku melihat jam tanganku untuk melihat waktunya..jam tersebut memaparkan tepat 6 petang...", aku yang masih mamai mengeset mata...langas bangun... "Angah kenapa tak kejut abang? kan abang dah cakap cuma 20 minit..nieh dah dekat sejam dah...", keluhanku kepada angah.. Mataku melilau melihat sekeliling.. Aku terkejut...jasad angah tidak berada di dalam bot...
Angah kamu ke mana?!!!! jeritanku di lautan luas..ombak kian deras...hujan memunculkan wajahnya...", makin lama makin lebat hujan yang turun...ombak kian bergelora...mataku kian melilau mencari jasad Angah...Air mataku kian bercurah-curah ke pipi...."Angah jangan tinggalkan abang..abang sayang angah juga..angah!!!", hanya teriakan kosong mampu aku lakukan...
Cuaca tidak mengizinkan ku berada lama di laut..kerana keadaan ketika itu cukup berbahaya..."Ya Allah kau selamatlah Angah Ya Allah...cuma dia seorang sahaja adik yang aku ada....aku tak mahu memungkiri janji ummi Ya Allah..kembalikanlah semula Angah dengan selamat Ya Allah..." doaku yang berulang-ulang menghiasi bibir dalam perjalanan balik....
Pak samad dan ummi berdiri di pondok di tepi jeti menantikan pulangan kami anak beranak.."Apa yang patut aku lakukan...?? Apa yang aku patut bagi tau Ummi??" "Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini...." Ameen!! "Abang mana Angah?", Ummi dah perasan ketiadaan Angah di bot...", tidak sempat aku berkata-kata..."persoalan yang dikeluar ummi diulangi lagi.... Air mata Ummi kian mengalir..."Abang mana Angah?? kau pergi dengan dia tadikan??", soal pak semad pula...
"Angah hilang....Ummi maafkan abang..abang jahat..!! abang tak pandai jaga adik...", Aku memeluk kaki ummi memohon maaf atas kesalahanku.. Ummi duduk..mengangkat badanku yang lemah...Ummi memegang bahuku..."apa dah jadi dengan adik kamu..mana dia pergi??". Aku menceritakan dari awal hingga akhir kejadian yang menimpa diri ini..
Tanpa membuang masa....Pak semad menghubungi bomba dan seterusnya polis untuk melaporkan kejadian....
Malam itu selepas solat isyak pihak bomba dan polis sebuk mencari jasad Angah...aku juga turut menolong mencari jasad angah dalam operasi... Dalam hatiku masih lagi tidak berputus2 mendoakan agar jasad adiku ditemui...Jam menunjukkan tepat 11 malam..jasad adikku masih tidak diketemui.. Pihak polis dan bomba terpaksa menanguh operasi ke esok hari..
Seperti biasa tahajjud tidak pernahku tinggal..walau hanya tidur sekejap...tambahan badanku kian letih...aku terus bersujud dan berdoa kepada Tuhan sekian alam.. tahajjudku diringi solat hajat...hajat agar adikku ditemui semula... setelah selesai melaksanakan solat..tekak berasa dahaga..penat masih berkunjung di badan... aku mengambil keputusan untuk meminum segelas air...untuk menghilangkan dahaga...setibanya aku di depan pintu bilik Ummi..aku melihat Ummi menadah tangan memohon kepada Allah SWT
"Ya Allah Ya Tuhanku..aku hambamu yang hina meminta pertolongan dariMu Ya Allah...Kau temuilah anakku semula Ya Allah..jika ditakdirkan angah meghadapMu dahulu..Aku reda' dengan ketentuanMu...Moga jasad angah kami temui...amin ya rabb bal alamin......kejernihan air mata seorang ibu terpancar menyinari.... Air mataku kian mengalir..Aku menolak pintu bilik pelahan-lahan.."Ummi tak tidur lagi?", soalku terus mencium tangan Ummi..."Macam mana Ummi nak tidur..? risau kat angah..Ummi reda' dengan ketentuan Ilahi...Ummi terima seadanya takdir yang Allah aturkan..", Ummi senyum. Aku tahu senyuman yang Ummi pamirkan disebaliknya sedih dan risau yang ditanggung..
"Ummi rehat dulu..besok kami pergi mencari jasad angah.., InssyaAllah Allah permudahkan urusan kita nanti..", aku berharap agar ummi dapat merehatkan badan..kerana mungkin besok ummi akan hadapi peristiwa yang tidak pasti... Ummi hanya mengganguk.."Abang balik bilik dulu ya Ummi, ummi jangan lupa rehatkan badan..Assalamuaaikum Ummi..", langahku perlahan meninggalkan ruangan bilik Ummi.. "Waalaikumusalam". Pelahan aku menutup pintu bilik ummi.
Dahagaku kian hilang....tiada lagi nafsu untuk mendeguk walaupun sedikit air...Aku terus rebahkan badan ke katil..."Ya Allah kau permudahkanlah urusan hambamu ini pada esok hari". Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi.. Selepas menunaikan solat subuh berjemmaah dengan Ummi, aku tolong menyiapkan sarapan dengan ummi..Hari ini hari kian sepi tanpa salam dari Angah...tidak semeriah hari biasa dengan suara Angah...
Jam menunjukkan pukul 8 pagi...Operasi mencari angah bermula.. Aku serta orang kampung pun sebok bersiap ke laut untuk mencari angah.. Setibanya di laut...jasad angah masih tidak diketemui...kini jam menunjukkan pukul 11 pagi...usaha mencari jasad angah seperti tiada harapan...doa tidak lekang dek bibirku...
"Nieh budak ni dah jumpa..!!" jeritan seorang polis yang membantu pencarian angah melaungkan kepada semua orang yang membantu operasi tersebut. "Hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku.. Aku mendapatkan jasad adikku.. Hanya mayat yang kebiruan dan kembung sahaja tanpa nyawa.. Kini ditakdirkan lagi satu nyawa kian lenyap di muka bumi Allah.
Berita kematian Angah telah sampai kepada Ummi....
Urusan jenazah telah pun dilaksanakan tanpa sebarang kesulitan. Kubur arwah angah disemadikan bersebelahan kubur arwah walid. "Tagisan Ummi mengamit memori sedih di situ. Air mataku kian mengalir deras sambil memeluk ummi. "Abang..bersabarlah..setiap yang hidup pasti merasa mati..ini semua ketentuan Ilahi..".
Enam bulan telah berlalu...Bilik angah sunyi tanpa suara... kenangan pahit walid dan angah memang tidak dapat dilupakan dengan mudah...Selepas solat berjemaah bersama ummi selepas maghrib..alunan bacaan yassin memecah suasana sunyi di rumahku...sedekah yang tidak putus-putus oleh kami kepada kedua-dua arwah..moga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman..
Mataku menghadap ke jendela..dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa menambahkan diginan malam...tambahan dengan alunan ombak yang cukup indah ciptaanNya. Terlintas di fikiranku, "kenapa Allah menguji aku dan ummi seberat ini?"
"Allah x membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya"
[Al-Baqarah : 286]
Teringat aku ayat ini yang selalu ummi pesan kepadaku agar sentiasa tabah dalam menempuhi onak duri dugaan Ilahi...sesungguhya pasti ada sinar di penghujung jalan orang yang sentiasa bersabar dalam menempuh ujianNya..
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri , harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"
[At-Taubah : 111]
Seperti biasa..aku menjalankan kerjaku..walau kerjaku memang berat..demi menyara hidup kami..aku terpaksa teruskan..aku bukan dalam keluarga yang kaya...Dulu arwah walid cuma seorang nelayan..Ummi hanya menjaga kami di rumah..pendapatan keluarga di tanggung sepenuhnya oleh walid.. Tapi ketika walid masih hidup pendidikan kami memang walid titik beratkan...terutamanya ilmu fardu ain...Walid menghantarku ke sekolah pondok untuk menghafal kalam Allah yang merupakan sumber rujukan utama umat Islam.. Tapi semenjak walid tiada...aku terpaksa berhentikan pembelajaranku untuk menyara hidup kami sekeluarga...Ummi juga membantu..ummi berniaga nasi lemak...sebelum aku pergi kerja..aku akan menghantarkan bungkusan-bungkusan nasi lemak ke kedai yang menempah nasi lemak ummi.. Alhamdulillah ramai yang menyukainya..sehinggakan ada yang sanggup datang ke rumah untuk mendapatkan resepi Ummi..Ummi bukan seorang yang kedekut ilmu..dia akan mengajar satu persatu dalam menyampaikan ilmu yang ummi tahu..
Hari ini aku cuti..jika aku cuti...aku akan tolong ummi mengajar mengaji kepada anak-anak orang kampung.. Dalam hal ini, ummi sedikit tegas dalam menyampaikan ilmunya..yang paling melucukan hati..ada yang beratur panjang hendak menunggu giliran ke barisan aku..untuk mengaji...yang dapat ummi hanya mampu tersenyum kambing sahaja..
Selepas tunaikan solat isyak..."Abang..ummi nak sangat tengok abang kahwin..ummi juga teringinkan adanya cucu..sekurang-kurangnya tak sunyilah ummi di rumah..lagi-lagi waktu kamu kerja...", ummi meluahkan harapan kepadaku...dalam onak fikiranku hanya memikirkan "siapalah nak aku nieh..aku nieh bukan kacak pown...dah la miskin..". "Ummi dah ada calon untuk kamu..keluarganya pun bersetuju bernikahkan kamu dengannya...". Aku tekejut dengan jawapan ummi.."Abang tak kesah ummi nak nikahkan abang dengan siapa..abang pun tak kisah dengan wajah atau bentuk badanya...yang penting dia mempunyai agama yang boleh saya bimbing dia dan dia bimbing saya.."
Ummi hanya menganggukkan tanda orang dia katakan adalah tepat dan ideal sekali..aku hanya mampu tersenyum..
Tiga bulan kemudian...perkahwinan aku dengan Humairah telah berjalan dengan lancar..Humairah yang sememangnya dari keluarga yang berlatar belakangkan orang yang ditarbiah dengan didikan agama yang mantap kini menjadi isteriku yang sah.
Perkahwinanku cukup bahagia apabila disulami dengan Iman. Penyakit ummi semakin menjadi-jadi.. Aku dah Humairah telah hantar Ummi ke hospital besar di bandar..dan doktor kata penyakit yang ummi hadapai ialah sakit jantung dan darah tinggi.. Mujurlah Humairah ada di rumah untuk tengok-tengokkan Ummi...
"Sayang abang pergi dulu ya..., jaga ummi elok-elok..abang nak pergi kerja nieh...terima kasih sebab sediakan abang bekal ni ya..assalamualaikum," aku mengucup dahi Humairah sebelum pergi ke kerja.."waalaikumusalam bang...berhati-hati..jangan lupa solat zohor dan asar di masjid.." Humairah sambut dengan mencium tanganku dan diiringi nasihat..
"Ummi...ni ubatnya..ummi makan dulu bubur yang humairah wat kan ni...lepas makan ummi makan ubat...". "Humairah..ummi nak makan lepas solat sunat dhuha' ya...Humairah rajin-rajinlah solat sunat dhuha'..banyak fadilatnya..
Nabi S.A.W pernah bersabda...
" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).
" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَ
" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)
Humairah hanya menganguk-ganguk seperti buat-buat tidak tahu kerana ayah humairah sering kali berpesan agar amalkan solat sunat dhuha'. Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari...banyak kerja yang harus dilaksanakan...Bekal yang di bawaku masih lagi tidak di jamah...setelah selesai bekerja...aku mengambil kesempatan masa terluang untuk makan dahulu dan untuk tidur sementara menunggu waktu solat zohor..
Dalam kajian mengatakan tidur di tengah hari bagus kerana ia dapat mengendurkan otot-otot yang digunakan sepanjang hari agar dapat sambung selepas solat zohor..lagipun ini salah satu sunnah nabi.
7 bulan kemudian, alhamdulillah diizinNya Ummi kembali sihat dan berita gembira aku dan ummi ialah Humairah mengandung.. tunggu masa untuk bersalin dan doktor mengatakan bahawa anak yang dikandungkan Humairah adalah kembar dan kedua-duanya lelaki. Moga kami medapat anak yang soleh. InssyaAllah. Kini Hurmairah kian sarat mengandung, tunggu masa untuk melahirkan anak kami. Mujurlah Ummi ada dan masih kuat untuk menjaga Humairah. Teringatku kepada satu hadis yang telah Ummi ceritakan kepadaku sewaktu aku sekolah rendah. Aku bertanya kepada Ummi, "Ummi abang nak tanya....Ummi jangan marah eh!! soalan ni macam pelik je...abang nak tau..mcm mana manusia dijadikan oleh Allah ye Ummi??". Terukir senyuman ummi dengan soalan yang aku lemparkan kepada Ummi. Ummi mengambil buku yang berkaitan dengan hadis dan membaca kepadaku...
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata....Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim
Aku hanya mampu tersenyum...kerana aku tidak mampu untuk mengerti makna disebalik hadis yang disampaikan Ummi. Dahiku kian berkerut dengan Hadis ini... "Ha...macam ni la abang..meh ummi terangkan biar abang paham...". Aku hanya mampu tersunyum dengan harapan perosalan yang bermain di onak fikiranku akan terjawab.
Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim : Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14) Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia … untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara (tadarruj) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.
Ditiup Ruh : Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.
Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari … bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).
Menggugurkan Janin : Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.
Keluasan Ilmu Allah Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya. Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).
Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.
Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka.
Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi - rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang. Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh
jadi dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.
Aku semakin paham apa yang ummi ingin perkatakan..walaupun tidak sepenuhnya..cukup memadai aku memahai apa yang telah terintas sewaktu umur sekecil itu memahami erti konsep kejadian manusia sebenar.
Itu semua dulu....Aku kian mengerti apa yang telah disampaikan Ummi kepadaku..
Hari ini aku cuti..lagipun banyak perkara yang harus diuruskan di rumah..memandangkan Humairah sarat mengandung...basuh baju, sidai kain dan sarapan aku lakukan setiap pagi...sewaktu aku kerja aku akan bangun awal untuk laksanakan tugas itu. Aku tidak mengizinkan Humairah melakukan kerja-kerja berat memandangkan dia tengah sakit. Aku juga menasihati ummi agar tidak melakukan kerja-kerja yang berat memandangkan Ummi baru baik dari sakitnya dan cukup memadai dia menjaga Humairah. Memandangakan aku cuti...kerja rumah semua aku laksanakan..termasukah hidangkan makanan tengah hari. Walaupun aku bukan tukang masak yang handal..cukum memadailah orang tersenyum ketika menjamah apa yang telah aku hidangakan..Dari kecil aku suka bantu Ummi di dapur dan melihat ummi memasak..ada kalanya ummi mengajarku memasak.. Memandangkan aku dan angah sahaja anaknya dan kedua-duanya lelaki jadi ibu pun mengajarlah aku. Angah pada ketika itu masih kecil lagi..dan dia kurang berminat ke dapur..
"Abang~~ sakit bang!! nak keluar dah ni rasanya...Ya Allah..!!", teriak isteriku kesakitan.. Cepat-cepat aku mendapatkan Humairah..dan menghantarnya ke dalam van walid. Walaupun van itu sudah tua..tapi fungsinya masih boleh diguna pakai.. Aku segera menghantarkan humairah terus ke hospital besar. "Ya Allah kau selamatkanlah isteriku dan anak-anakku dalam kandungan...." ameen!! dalam perjalanan...................................
Humairah terpaksa menahan kesakitan. Aku cuma mampu menasihati isteri tersayang hanya bersabar sahaja.. Tidak lekang dek mulut Humairah memohon ampun dan maaf kepadaku.. Sejujurnya semenjak kami berkahwin tidak pernah dia melakukan sesuatu yang di luar batas yakni perkara yang aku tidak menyukai tambah-tambah lagi perkara mungkar..dan dia merupakkan isteri yang taat dalam menunaikan kewajipannya sebagai seorang isteri. Ingat lagi hadis yang pernah aku baca di sebuah buku agama..
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.
Setelah sampai di hospital, isteriku terus dihantar ke bilik pembedahan. Isteriku akan menjalani pembedahan. Jam menunjukkan tepat pukul 2 petang dan isteriku baru masuk bilik pembedahan.. "Ya Allah kau permudahkanlah urusan isteriku dan kau selamatlah mereka Ya Allah". Perasaanku gudah gelana..aku tidak mampu berfikir lagi Pemikiranku kini dikuasai oleh perasaan takut dan risau akan prihal isteriku yang dalam pembedahan..
"wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah akan mengurniakan pahala Haji.."
"Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaannya ibu melahirkanya.."
Sejam kemudian.. Seorang wanita yang memakai baju hijau dan bertopi hijau tambahan penutup mulut yang juga berwarna hijau keluar dari bilik pembedahan itu..."Encik...isteri encik dan kedua anak kembar encik alhamdulillah selamat semuanya". Doktor wanita yang mungkin mengetuai pembedahan isteriku mengucapkan tahniah.. Hanya Allah sahaja tahu perasaanku ketika ini.. Lantas tanpa membuang masa aku mencari arah kiblat untuk melakukan sujud syukur.. Ummi pernah bercerita mengenai sujud syukur ini..
Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah S.W.T atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.
Lantas perasaan kegembiraan dan bersyukurnya diri ini tak kala isteri dan anak-anak selamat membuatku berasa bertanggungjawab untuk melaksanakan sujud syukur ini. Ummi juga pernah berpesan prihal perkara yang sunat...Walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah SWT dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.
Selepas mengazankan kedua anakku itu, lantas aku mendapatkan isteriku. Isteriku masih lagi dalam keadaan separa sedar. Dan mungkin tidak perasaan kehadiranku dan Ummi di sini.. "Alhamdulillah doa Ummi selama ini di makbulkan Allah..". Ummi melontarkan senyuman ikhlas kepadaku sambil memegang tangan Humairah yang lemah tak bermaya akibat pembedahan tadi...
20 Hari selepas kelahiran kedua-dua putera kami..Lagi sekali Allah mengujiku dengan ujian yang lebih dasyat. Isteriku Humairah dikatakan mengalami jangkitan selepas bersalin. Lagi sekali aku harus menghantar isteriku ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Lagi sekali Humairah perlu menjalani pembedahan. Aku hanya mampu menangis dan berdoa sahaja ketika itu.. Ummi yang tidak dapat bersama kerana perlu menjaga anak-anak kami di rumah. Pembedahan yang dilaksanakan mengambil masa lebih kurang sejam setengah.. Akan tetapi... Allah mengujiku sekali lagi dengan kehilangan orang tercinta. Isteriku tidak dapat diselamatkan.. "Air mataku kian berlinangan..sungguh perit hati ini untuk menerima berita seumpama itu..cukuplah kehilangan Walid, cukup lah dengan kehilangan Angah..kini Engkau ambil pula isteriku...". Sebelum aku meninggalkan hospital.. Aku telah memeluk serta mengucup dahi wanita solehah itu yang badanya terkujur kaku... Hanya Allah sahaja tahu perasaanku ketika itu. Seorang demi seorang telah dijemput menghadapNya..
Berita menyedihkan itu telah sampai kepada Ummi dan keluarga Humairah. Malam itu, setelah tidurkan kedua-dua insan yang baru dilahirkan di muka bumi.. Aku baring di atas katil. Air mataku mengalir lagi melihat telekung Humairah. Perasaanku tidak tenteram.. Ketika itu ingin sahaja aku lari dari rumah, akan tetapi aku tahu ia sia-sia sahaja bagiku.. Lantas aku mengambil al-Quran untuk menenangkan jiwa ini. Ini salah satu yang sering kali arwah walid pesan..."Abang kalau abang rasa marah, sedih, tak suka ke apa ke...dekatkan diri dengan al-Quran..sesungguhnya al-Quran pengubat hati bagi orang yang beriman...". Kata-kata itu tidak pernah lekang dek ingatanku...
Aku membuka al-Quran tanpa melihat ayat dan surah...pandangan pertamaku terhadap satu ayat..
[i]"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu seorang yang beriman" [Al-Imran : 139][/i]
Ayat ini seperti memujukku supaya tidak berputus asa dalam ujiannya..Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Jenazah Humairah selamat dikebumikan.. Ummi berpesan dan secara tidak langsung ummi memujuk hati yang sedih ini..."Abang nak tahu..., sekiranya wanita itu meniggal dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid...... bersabarlah nak...setiap pecaturan yang Allah telah tetapkan kita kene Reda' ...semua ini bukan hak kita tapi hakNya...". Aku hanya mampu menangis dengan pesanan Ummi..
25 Tahun permegian Humairah.. anak-anakku.. Umar dan Malik membesar tanpa kasih sayang seorang bergelar ibu..semua tanggungawab terletak kepadaku... Ummi pula telah meniggalkan aku 5 tahun lepas kerana sakit tua. Kini alhamdulilah..Umar belajar di Universiti al-Azhar...dan Malik pula di Jordan.....
Pernah juga mereka..berntanyakan kepadaku ketika dahulu..."Walid tak mahu kahwin lagi ke".. aku hanya menggelengkan kepala...."Cukuplah kamu berdua ada"..jawapanku kepada kedua orang mereka.....
THE END